Yashica MG-1

Yashica MG-1 ialah sebuah kamera penilik julat 35 mm yang dilancarkan Yashica pada tahun 1975. Ini adalah kamera Yashica G yang telah diberi penambahbaikan dengan bukaan keutamaan dedahan cahaya automatik. Ia dijual bermula dari tahun 1975 hingga Disember 1986.Yashica MG-1 merupakan kamera yang kukuh. Ia dibuat sesuai untuk golongan berumur dan remaja. Ciri-ciri yang ada pada kamera ini membuatkan ia baik untuk penangkapan di luar dan di dalam sama ada untuk filem warna atau hitam putih. Tambahan pula ia tidak memerlukan kemahiran penggunaan kamera yang tinggi. Bahkan, ia menawarkan pengendalian paling halus pernah dihasilkan ketika itu.Ciri:Kamera ini adalah salah satu daripada "Samurai Terakhir" sebelum "Era Plastik" bermula. Yashica MG-1 adalah sebuah penilik julat "saiz penuh". Sesetengah orang akan tidak suka dengan fungsi automatik namun ia adalah satu ciri yang membuatnya mudah digunakan. Yang hampir pasti kurangnya kawalan manual merupakan suatu pembatasan.